Level Infinite dan Hotta Studio telah mengumumkan yang Tower of Fantasy iaitu permainan RPG dunia terbuka akan dilancarkan untuk PC, iOS dan Android pada suku ketiga tahun ini. Sesi pra-pendaftaran juga kini dibuka melalui App Store atau Play Store dan juga di pautan ini.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Bergantung kepada jumlah pra-pendaftaran pemain yang melakukannya bakal mendapat pelbagai ganjaran apabila permainan dilancarkan kelak.

Tower of Fantasy adalah permainan cereka sains yang berlaku di plaent Aida. Di dalam permainan ini, pemain boleh menghasilkan watak tersendiri, dan berjumpa dengan watak-watak yang akan mempunyai penceritaan tersendiri.

Sohor Kini