Poco pada bulan April lepas telah mengumumkan Poco F4 GT sebagai penawaran telefon pintar baharu mereka, terbaru mereka telah mengumumkan dua lagi model iaitu Poco F4 dan Poco X4 GT secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

Poco F4

Poco F4 hadir dengan dengan cip pemprosesan Snapdragon 870 yang juga menyokong 5G. Ia mempunyai skrin bersiz 6.67″ yang menggunkaan panel AMOLED, menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz dengan touch sampling sehingga 360Hz. Bagi kapasiti bateri ia hadir dengan 45000mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W.

Ia ditawarkan dengan dua pilihan iaitu 6GB RAM + 128GB storan dengan harga RM1,599 dan 8GB RAM + 256GB storan dengan harga RM1,699. Poco F4 tiba bermula hari ini dddan hadir dengan tiga pilihan warna Moonlight Silver, Night Black dan Nebula Green.

Poco X4 GT

Poco X4 GT pula hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 8100 dengan sokongan 5G. Ia mempunyai skrin bersaiz 6.6″ menggunakan panel IPS LCD. Menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz. Bateri pula adalah 5,080 mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W.

Ia ditawarkan dengan dua pilihan iaitu 8GB RAM + 128GB storan dengan harga RM1,499 dan 8GB RAM + 256 storan dengan harga RM1,599. Poco X4 GT akan tiba pada 30 Jun dan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Blue dan Silver.

Sebagai tawaran buat masa terhad kesemua telefon ini boleh didapatkan dengan harga promosi iaitu RM100 potongan. Anda boleh layari Shopee ataupun Lazada Poco untuk melakukan pembelian.

Sohor Kini