Pendaftaran Untuk MPL Malaysia Dibuka Sehingga 3 Julai 2022

Moonton sejak 23 Jun yang lepas telah membuka sesi pendaftaran untuk mana-mana pasukan Mobile Legends di Malaysia yang ingin menyertai MPL Malaysia Musim ke-10. Pendaftaran ini dibuka sehingga 3 Julai dengan kelayakan akan berlangsung pada 7 sehingga 9 Julai 2022.

2 pasukan terbaik dari pusingan kelayakan akan layak ke MPL Malaysia menyertai 8 pasukan yang dijemput terus. Mereka akan bertanding untuk menjadi 8 pasukan terbaik ke pusingan playoff. Maklumat lanjut mengenai pusingan-pusingan ini akan diumumkan kemudian.

Kejohanan ini adalah terbuka kepada pemain yang berumur 16 tahun ke atas dan setiap pasukan sekurang-kurangnya mempunyai 6 pemain dan maksimum 10 pemain. Setiap pasukan juga mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia.

Berminat? Anda boleh lakukan pendaftaran di pautan ini.

Mobile Legends: Bang Bang sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini