Filem terbaru oleh Tom Cruise tampaknya telah menjadi filem paling berjaya untuknya apabila memecahkan pelbagai rekod demi rekod sejak ditayangkan bermula pada bulan Mei lepas.

Terkini, United International Pictures iaitu pengedar untuk filem ini di Malaysia telah mengumumkan yang filem tersebut mengutip RM26 juta di Malaysia dan sekali gus menjadi filem Tom Cruise dengan kutipan tertinggi di sini.

Top Gun Maverick telah mengambil tempat Mission Impossible: Fallout yang mengutip RM25.9 juta dan Mission Impossible: Rogue Nation yang mengutip RM23.6 juta.

Manakala untuk kutipan secara global, ia akhirnya mencecah $1 bilion (~RM4.41 bilion), menjadikan filem terlaris untuk tahun 2022.

Ia masih lagi ditayangkan di pawagam dan anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Top Gun : Maverick – Gunakan After Burner Ke Panggung Segera!.

Sohor Kini