Holocure Adalah Permainan Seakan Vampire Survivors Dengan Watak Hololive

Holocure adalah permainan yang dibangunkan oleh Kay Yu dan boleh dimuat turun secara percuma. Ia adalah permainan seperti Vampire Survivors di mana pemain perlu melawan dengan pelbagai gelombang penjahat, dan perlu bertahan selama yang mungkin dengan menggunakan serangan-serangan berbeza.

Menariknya, Holocure menggunakan watak-watak daripada Hololive iaitu vtuber popular. Buat masa ini, ia menyertakan 11 watak dari Hololive seperti Amelia Watson dan Ina’nis Ninomae. Dengan lebih banyak watak akan disertakan dari semasa ke semasa.

Ia juga menyertakan sistem kotak tikam untuk mendapatkan watak-watak ini, akan tetapi Holocure langsung tidak menyertakan pembelian di dalam aplikasi dan cara membeli kotak tikam adalah menggunakan Coins yang diperoleh dengan bermain.

Permainan ini juga menyertakan leaderboard untuk memperlihatkan pemain-pemain terbaik, akan tetapi kerana jumlah pemain yang terlalu ramai mereka terpaksa menutup sementara waktu fungsi ini.

Anda boleh muat turun Holocure di Itch.io.

Sohor Kini