Siri anime Spy x Family telah menyiarkan episod terakhir untuk bahagia pertama bagi musim pertama pada Sabtu lepas, iaitu episod ke-12. Penonton kini perlu menunggu sehingga bulan Oktober untuk musim pertama diteruskan.

Namun, sebelum itu, Toho Animation telah berkongsi treler untuknya yang memfokuskan kepada misi menghentikan pengeboman oleh pengganas.

Spy x Family adalah memfokuskan kepada Twilight yang merupakan ejen pengintip yang perlu menyelinap di dalam satu kerajaan, dijadikan sebagai satu samaran, dia perlu membentuk satu keluarga.

Dia telah menjadikan Thorn Princess sebagai isteri tetapi tanpa disedari oleh Twilight, dia merupakan pembunuh upahan dan Anya sebagai anak mereka yang mempunyai kebolehan membaca fikiran segala yang bernyawa.

Sohor Kini