Filem Mat Kilau Mengutip RM 11 Juta Dalam Masa 4 Hari

Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan adalah filem tempatan yang telah menjadi perbualan sejak ditayangkan bermula pada 23 Jun lepas, di mana ia telah menjadi filem dengan kutipan tertinggi untuk sehari pertama dengan kutipan sebanyak 1 juta.

Terbaru, GSC telah berkongsi di Twitter mereka mengumumkan yang setakat pukul 9 malam hari ini, filem tersebut telah mengutip RM 11 juta, memperlihatkan kutipan sebanyak RM10 juta sepanjang 24 sehingga 26 Jun 2022.

Ini sekali gus menjadikan filem Mat Kilau adalah antara 20 filem tempatan dengan kutipan tertinggi, berada di lingkungan kedudukan 17 dan 18. Dengan filem ini masih lagi akan ditayangkan untuk sekurang-kurangnya dua minggu lagi, tidak mengejutkan jika ia memasuki 10 filem dengan kutipan tertinggi tidak lama lagi.

Filem ini diarahkan oleh Syamsul Yusof dan juga ditulis oleh beliau bersama dengan Shahruddin Dali, manakala barisan pelakon pula adalah Adi Putra yang akan menjadi Mat Kilau, Fattah Amin sebagai Awang bersama dengan Beto Kusyairy, Yayan Ruhian dan Johan Asari.

Sohor Kini