Filem 2011 The Green Hornet adalah sebuah filem aksi komedi adiwira yang dilakonkan oleh Seth Rogen dan juga Jay Chou sebagai pembantu hebat Kato. Bagi yang tidak tahu, filem ini adalah adaptasi kepada rancangan radio dengan judul sama karya George W. Trendle dan Fran Striker.

Universal Pictures telah memiliki hak The Green Hornet dan mereka akan hadir dengan filem baharu Green Hornet And Kato dengan Leigh Whannell sebagai pengarah iaitu pengarah sama untuk filem Invisible Man yang laris.

Skrip filem ini akan ditulis oleh David Koepp (Angels & Demons, The Mummy) dan pihak Universal telah pun menerima skrip lengkap pada awal tahun. Filem olahan daripada Leigh ini dikatakan akan menjadi lebih serius dan bukannya filem komedi. Ia akan terasa seperti satu drama aksi adiwira.

Leigh juga dilaporkan telah banyak belajar dengan James Wan dan turut membantu dalam menjayakan francais Saw dan Insidious. Jadi filem Green Hornet ini ada harapan untuk menjadi sebuah filem yang baik. Jalan cerita, pelakon dan tarikh tayangan masih belum diketahui lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini