Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, filem Spy Kids akan diolah semula oleh Netflix bersama pengarah sama Robert Rodriguez. Filem ini masih di awal pembangunan dengan Netflix yang baru sahaja memiliki hak IP dan produksi filem ini dihasilkan bersama-sama dengan Skydance dan Spyglass.

Robert Rodriguez akan menulis dan mengarah filem ini, di mana ia akan fokus kepada keluarga baharu. Masih tiada sebarang informasi lagi mengenai jalan cerita. Tetapi bagi yang mengikuti Spy Kids, mereka semua tahu yang ia mempunyai banyak persamaan dengan konsep Sharkboy dan Lavagirl. Robert juga baru sahaja hadir dengan filem We Can Be Heroes di Netflix, iaitu sekuel kepada Sharkboy and Lavagirl.

Deadline melaporkan yang Gina Rodriguez (Scoob!, sebagai Velma) dan Zachary Levi (Shazam!) akan menjadi antara pelakon dalam filem olahan semula Spy Kids ini. Bersama-sama dengan mereka adalah Everly Carganilla dan Connor Esterson.

Sohor Kini