Mechamato Kini Boleh Ditonton Di HBO Go

Mechamato adalah siri animasi sampingan kepada BoBoiBoy. Siri ini berlaku di masa silam, yang mana ia memfokuskan kepada ayah BoBoiBoy – Amato bersama dengan robot MechaBot. Amato boleh menggunakan MechaBot sebagai kostum perisai untuk melindungi Kota Hilir iaitu bandar yang fiksyen berasaskan Bandar Hilir, Melaka dan juga dunia.

Baca: Mechamato Bakal Mengubah Industri Animasi Tempatan – Kenapa?

MechaBot turut boleh mengubah apa jua objek menjadi senjata atau gajet yang boleh digunakan oleh Amato. Siri animasi ini dibangunkan oleh Monsta dan ketika pelancaran ia hanya boleh distrim di saluran Cartoon Network. Kehebatan animasi tempatan ini cukup dahsyat, sehingga menembusi pasaran Jepun dengan pelakon suara daripada pelbagai anime popular seperti Naruto dan permainan video Genshin Impact.

Akhirnya selepas sekian lama menjadi kandungan eksklusif Cartoon Network, Mechamato kini boleh distrim melalui platform penstriman HBO Go di Malaysia kepada semua yang melanggan. Siri animasi ini baru mempunyai satu musim dengan 13 episod dan buat masa ini, ia hanya hadir dengan Bahasa Inggeris.

Bagi yang berminat anda boleh terus tonton di aplikasi HBO Go atau terus melalui web. Bagi yang ingin melanggan, anda boleh dapatkan langgan pada harga bermula RM23.90 sebulan atau akses melalui akaun Astro jika pakej langganan anda layak.

Sohor Kini