Jika kita mengikut pengeluaran konsol-konsol lepas, tidak kira PlayStation 3 ataupun PlayStation 4, model baharu untuk konsol tersebut akan menjadi lebih kecil berbanding pengeluaran generasi pertama. Oleh itu, ramai yang ternanti-nanti jika PlayStation 5 akan menerima versi Slim tersendiri.

Buat masa ini, ura-ura hanya mengatakan PlayStation 5 Pro di dalam perancangan akan tetapi dengan ia akan menjadi lebih berkuasa, berkemungkinan besar ia tidak akan mengecil. Manakala PlayStation 5 Slim, tidak diumumkan dan tidak juga diura-urakan akan tiba.

Mungkin kerana tidak sabar menunggu, Matt iaitu seorang Youtube di channel DIY Perks beliau yang memfokuskan kepada video-video menghasilkan peralatan tersendiri telah menghasilkan PlayStation 5 Slim yang boleh dikatakan sebagai pertama di dunia, melainkan Sony ada menghasilkannya di dalam makmal mereka.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Beliau telah membuka PlayStation 5 dan memindahkan kesemua komponen konsol tersebut di dalam satu bekas yang sangat kecil dan nipis. Namun, ia sudah semestinya tidak mempunyai ruang untuk penyejukan.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Matt menggunakan penyejuk secara luaran yang menggunakan penyejuk cecair. Tidak mengejutkan, sistem penyejukan secara luaran ini adalah lebih baik berbanding yang terbina di dalam PS5.

PS5 Slim ini berdasarkan apa yang diperlihatkan berfungsi sepenuhnya, dengan ia boleh dibuka dan juga bermain permainan video.

Sohor Kini