Ini Adalah Video Pembukaan The Office Tetapi Minions

Minions: The Rise Of Gru adalah filem prekuel kepada Despicable Me, di mana ia memfokuskan kepada Gru waktu kecil dan juga kumpulan-kumpulan minion. Filem ini akan ditayangkan pada 30 Jun 2022, dan Illumination telah hadir dengan pelbagai video promosi untuknya.

Sebelum ini diperlihatkan Minion di dalam Jurassic Park, terbaru mereka menghasilkan semula video pembukaan untuk siri popular The Office, tetapi setiap pelakon telah ditukar kepada Minion.

Oleh itu, anda boleh lihat Gru menjadi Michael Scott dan Minion menjadi watak-watak The Office lain seperti Jim, Dwight, dan Pam.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Sohor Kini