Acer Malaysia hari ini telah mengesahkan yang Peringkat Akhir untuk Asia-Pacific Predator League 2022 akan dianjurkan secara fizikal pada tahun ini di Jepun seperti yang diumumkan pada tahun lepas dan akan berlangsung pada 11 sehingga 13 November 2022 dan menawarkan hadian terkumpul RM1.7 juta bersama dengan barangan-barangan Predator.

Peringkat Akhir ini akan melibatkan pasukan yang menjuarai peringkat setempat, ia akan melibatkan 15 negara termasuk juga Malaysia. Seperti tahun-tahun lepas, kejohanan yang dipertandingkan adalah Dota 2 dan juga PUBG.

Bagi pasukan-pasukan di Malaysia, pendaftaran akan dibuka bermula pada 1 Julai, selain merebut slot ke Peringkat Akhir mewakili Malaysia, pemain juga akan mendapat hadiah tunai RM10 ribu untuk Dota dan RM12 ribu untuk PUBG termasuk juga barangan-barangan Predator.

Pemain yang mendaftar akan bertempur pada bulan September kelak. Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan berikut;

Sohor Kini