Activision telah mengumumkan yang mod permainan baharu untuk Call of Duty: Vanguard iaitu Blueprint Gun Game kini tiba di dalam permainan tersebut. Di dalam mod ini, setiap pemain akan bermain secara solo dan akan bermula dengan senjata yang sama.

Setiap pembunuhan yang dilakukan, pemain akan bertukar ke senjata berlainan, dengan senjata terakhir adalah Throwing Knife ataupun Ice Pick, dan pemain yang membunuh menggunakan senjata ini terlebih dahulu akan menang.

Sepanjang permainan, pemain juga boleh membunuh menggunakan melee yang akan melambatkan pemain lawan untuk beralih ke senjata baharu, akan tetapi ia juga tidak akan dikira sebagai pembunuhan untuk senjata pemain sendiri.

Menjadikan ia satu permainan yang lebih rancak, UAV pings akan berlaku setiap 5 saat, memperlihatkan kedudukan kesemua pemain di peta-mini.

Call of Duty: Vanguard sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini