505 Games dan Kids with Sticks telah mengumumkan yang Rogue Spirit akan dilancarkan secara penuh dan juga untuk konsol pada tahun depan. Sejak tahun lepas ia dikeluarkan secara akses awal melalui Steam untuk PC sahaja.
Di dalam Rogue Spirit, pemain akan menjadi satu roh dan boleh rasuk mana-mana penjahat dan akan mendapatkan segala kemahiran penjahat tersebut. Mereka menyasarkan untuk menyertakan 20 watak berlainan yang mempunyai kebolehan serta senjata tersendiri. 10 tahap yang direka secara rawak dan 5 persekitaran berbeza.
Pada 7 Julai ini, kemaskini baharu juga akan tiba yang antaranya akan menyertakan kebolehan baharu untuk watak, tekaria baharu dan juga tahap kesukaran Hard bagi yang inginkan cabaran.
Selain itu, mereka juga mengumumkan yang bersempena dengan Jualan Promosi Musim Panas di Steam yang akan berlangsung pada 24 Jun ini, Rogue Spirit akan ditawarkan dengan potongan sehingga 40%. Jualan Promosi Musim Panas akan berlangsung sehingga 8 Jun, akan tetapi jualan promosi untuk Rogue Spirit adalah sehingga 14 Julai 2022.