Pusingan akhir untuk Vivo T1 Series x PUBG Mobile Turbo Cup telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Jun lepas, dan seperti diumumkan sebelum ini ia melibatkan 16 pasukan dari institut-institut pengajian tinggi di Malaysia.

Berikut adalah empat pasukan terbaik di pusingan akhir;

  • Juara: PIXEL (Universiti Sultan Azlan Shah)
  • Naib Juara: RMC Flanker (Politeknik Mersing Johor)
  • Tempat Ketiga: Axis GR (KPTM Kuantan)
  • Tempat Keempat: Dingoz SEA (Jesselton College)

Keempat-empat pasukan ini akan mewakili Malaysia untuk ke pusingan akhir Vivo T1 Series x PUBG Mobile Turbo Cup Challenge SEA bertemu dengan pasukan-pasukan dari Thailand, Vietnam dan Filipina untuk merebut hadiah terkumpul $20 ribu.

Ia akan berlangsung pada 9 Julai 2022 dan anda boleh mengikutinya di lama Facebook dan Youtube rasmi Vivo Malaysia.

Sohor Kini