Blizzard sebelum ini telah mengumumkan yang apabila Overwatch dilancarkan pada bulan Oktober kelak, mereka akan menyertakan tiga hero baharu dan di antaranya adalah Junker Queen yang diperlihatkan secara lanjut hari ini.

Anda boleh tonton video bentuk permainan untuknya.

Junker Queen adalah hero di bawah kelas Tank yang menggunakan shotgun sebagai senjata utama dan juga kapak. Berikut adalah kebolehan untuknya;

  • Jagged Blade – Pisau yang boleh digunakan sebagai senjata melee untuk memberi wound dan juga boleh dibaling dan dipanggil semula.
  • Commanding Shout – meningkatkan nyawa sehingga 200, dan 100 untuk rakan sepasukan. Ia juga mempertingkatkan kelajuan pergerakan sebanyak 30%.
  • Carnage – Menggunakan kapak yang akan mencederakan dan wound lawan berhampiran
  • Rampage (Ultimate) – Menyerang ke depan dan akan wound lawan yang berhampiran dan juga menghalang mereka dari menyembuh.

Wound adalah mekanik baharu yang akan mencederakan lawan untuk waktu tertentu walaupun selepas terkena.

Overwatch 2 akan dilancarkan pada 4 Oktober 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini