Blizzard telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk permainan MMORPG mereka iaitu World of Warcraft adalah Dragonflight yang akan membawa pemain ke Dragon Isles iaitu tempat asal untuk puak-puak naga akan dikeluarkan sekitar tahun ini.
Dragonflight sudah diumumkan sejak April lepas dan anda boleh tonton treler untuknya di bawah.
Selain itu, mereka juga telah mengumumkan yang penambahan ini kini boleh di pra-tempah dan menyertakan tiga edisi iaitu;
Setiap pra-tempahan boleh dilakukan dengan Edisi Biasa berharga $49.99, Edisi Heroic dengan harga $69.99 dan Edisi Epic $89.99. Setiap pra-tempahan, pemain akan diberikan Drakks sebagai pet.
World of Warcraft sudah dikeluarkan untuk PC.