Salah seorang penerbit untuk Final Fantasy XVI iaitu Naoki Yoshida telah melakukan temubual bersama dengan PlayStation Blog, di mana beliau telah berkongsi serbar sedikit mengenai permainan tersebut. Antara yang dipercakapkan adalah bagaimana beliau yang juga merupakan penerbit untuk Final Fantasy XIV membahagikan masa.

Beliau mengatakan yang, Pengurus Projek dan Pembantu Penerbit melakukan kerja yang baik menguruskan jadual, untuk memastikan yang keadaan tidak menjadi terlalu membebankan. Selain itu, beliau juga akan membiarkan pengurusan atas untuk membuat keputusan mengenai pengurusan.

Bercakap mengenai perbezaan menghasilkan penceritaan untuk permainan kendiri seperti Final Fantasy XVI dan juga permainan berterusan seperti Final Fantasy XIV, Naoki Yoshida mengatakan tidak banyak perbezaan di antaranya, kerana penceritaan kendiri juga dilakukan di dalam setiap penambahan untuk Final Fantasy XIV.

Final Fantasy XVI sebelum ini diumumkan akan tiba sekitar suku ketiga tahun depan, akan tetapi menurut Naoki Yoshida, permainan tersebut sudah boleh dimainkan dari awal hingga penamat, akan tetapi masih perlu melakukan alih suara dan juga lebih banyak pengujian sebelum pembangunan boleh dikatakan selesai.

Final Fantasy XIV akan dikeluarkan pada suku ketiga tahun 2023 untuk PlayStation 5 dan anda boleh tonton treler terbaru untuknya di bawah.

Sohor Kini