Seperti diumumkan sebelum ini, Doctor Strange in the Multiverse of Madness tiba di Disney+ Hotstar bermula pada hari ini, dan seperti kebanyakan kandungan-kandungan di perkhidmatan penstriman tersebut, ia boleh ditonton secara penuhnya menggunakan alih suara ke Bahasa Melayu.
Melalui ulasan kami untuk Doctor Strange in the Multiverse of Madness, kami mengatakan yang ia mempunyai visual yang sangat menarik akan tetapi sedikit mengecewakan di dalam penceritaan dan perwatakan. Anda boleh baca penuh di pautan ini; Ulasan Doctor Strange in the Multiverse of Madness – Perwatakan Kurang Menyerlah Dalam Dunia Multimesta.