Ubisoft hari ini telah mengumumkan yang Roller Champions kini dilancarkan di Nintendo Switch selepas dikeluarkan untuk PlayStation 4 serta Xbox One dan juga PlayStation 5 serta Xbox Series melalui keserasian belakang dan PC sebelum ini.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan bermulanya musim pertama untuk permainan tersebut iaitu Disco Fever yang antaranya akan menyertakan arena baharu iaitu Brooklyn Court, dan juga rink baharu iaitu Venice Beach Park dan Liberty Arena yang akan tiba pada 24 Jun dan 5 Julai.

Selain itu, ia juga menyertakan mod permainan baharu iaitu Arena 8 yang akan dimainkan di rink rekaan khas. Ia akan memberi cabaran untuk pemain baharu dan juga pemain lama.

Bersama dengan musim baharu ini, Roller Pass juga disertakan yang akan menawarkan pelbagai barangan bertemakan Disco, ia boleh ditawarkan secara percuma dan juga berbayar.

Roller Champions adalah permainan di mana dua pasukan yang terdiri daripada tiga pemain akan bertanding untuk mendapatkan mata dengan membaling bola ke gawang. Sebelum gawang di buka, pemain perlu berpusing terlebih dahulu di arena sekurang-kurangnya satu pusingan. Lebih banyak pusingan lebih banyak skor jika jaringan dilakukan.

Sohor Kini