Filem seterusnya Marvel Cinematic Universe iaitu Thor: Love and Thunder akan mula ditayangkan pada 8 Julai ini, dan seperti kebiasaan untuk filem-filem MCU, tiket akan terjual seperti pisang goreng panas. Jika anda ingin tonton pada hari pertama ataupun pada hujung minggu pertama, tiket perlu dibeli dengan lebih awal.
Anda boleh melakukannya bermula pada tengah malam ini, di mana GSC dan TGV telah mengumumkan yang tiket akan mula dijual pada tengah malam ini, 23 Jun 2022.
Filem ini akan membawa arah baharu untuk Thor dengan Jane Foster lakonan Natalie Portman akan menjadi Lady Thor, manakala Thor tampaknya masih lagi mencari perkara seterusnya yang ingin dilakukan selepas tidak lagi mengetuai Asgard. Christian Bale juga telah diperlihatkan sebagai Gorr The God Butcher.