Pada tahun lepas, Naruto, Sasuke, Sakura dan juga Kakashi telah disertakan di dalam Fortnite sebagai kostum, dan minggu ini, kolaborasi ini diteruskan lagi dengan empat lagi watak iaitui Itachi Uchiha, Gaara, Orochimaru dan Hinata.

Kostum-kostum ini akan tiba pada 24 Jun 2022.

Pemain boleh dapatkan kostum-kostum ini secara kendiri dan juga berkas yang menyertakan dua watak iaitu berkas Itachi & Orochimaru yang menyertakan kostum Itachi bersama dengan Orochimaru, Black Ops Mask, dan skrin Islandbound Ninja.

Berkas seterusnya adalah Gaara & Hinata yang menyertakan kostum Gaara dan Hinata, bersama dengna Sand Gourd Backbling, Sand Cloud Glider, Hinata Backbling dan skrin Shinobi Lineup.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia juga dikeluarkan untuk Android tetapi bukan melalui Play Store.

Sohor Kini