Valve telah mengumumkan senarai permainan-permainan baharu yang menjana pendapatan tertinggi di Steam untuk bulan Mei. Senarai ini hanya menyertakan permainan yang dikeluarkan pada bulan tersebut, dan mengambil kira jumlah pendapatan dalam masa 2 minggu ia dilancarkan.

Mereka telah mengatakan yang satu pertiga daripada permainan yang tersenarai adalah di bawah genre sandbox yang sentiasa mempunyai peminat tersendiri. Selain itu terdapat juga V Rising yang sejak dilancarkan telah menjadi permainan popular dan terjual 1 juta unit selepas seminggu dilancarkan.

Berikut adalah senarai 20 permainan tetapi tidak disusun mengikut sebarang aturan;

  • Outward Definitive Edition
  • Plants vs Zombies Garden Warfare 2: Deluxe Edition
  • Hardspace: Shipbreaker
  • Hatsune Miku: Project DIVA Mega Mix+
  • Keplerth
  • We Were Here Forever
  • Little Witch in the Woods
  • Soundfall
  • Brigandine The Legend of Runersia
  • Neptunia x Senran Kaguara: Ninja Wars
  • Ultimate Epic Battle Simulator 2
  • Old World
  • My Time at Sandrock
  • Warhammer 40,000: Chaos Gate – Daemonhunters
  • Taiko Risshiden V DX
  • V Rising
  • Arma Reforger
  • Captain of Industry
  • Sniper Elite 5
  • Song of Conquest

Selain senarai di atas, Valve juga membahagikan senarai kepada beberapa kategori seperti permainan percuma, permainan Remastered, dan juga pembangun yang melancarkan permainan buat pertama kali di Steam. Anda boleh lihat kategori-kategori ini dan juga senarai penuh di laman Steam.

Sohor Kini