Wreckfest Kini Dilancarkan Untuk Nintendo Switch

THQ Nordic telah mengumumkan yang permainan lumba kereta “demolition derby” iaitu Wreckfest kini turut dilancarkan untuk Nintendo Switch selepas dikeluarkan untuk PlayStation, Xbox dan Stadia sebelum ini.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Selain berlumba, dan melanggar kereta-kereta lain, pemain juga boleh melakukan naik taraf dan meletakkan pelbagai hiasan untuk menjadikan rekaan kereta yang unik. Ia menyokong sesi permainan solo dan juga multi-pemain sehingga 16 pemain.

Di Nintendo eShop ia ditawarkan dengan harga $39.99 dengan pelbagai DLC turut ditawarkan.

Sohor Kini