Selepas diumumkan pada akhir bulan lepas, kejohanan Realme PUBG League telah mendapat sambutan yang menggalakkan, menurut Realme, pendaftaran untuk kejohanan tersebut ditutup lebih awal iaitu pada 3 Jun berbanding 8 Jun, diumumkan sebelum ini.

Walaupun ditutup awal, mereka telah membuka peluang kepada 128 pasukan berbanding 64 pasukan mengikut perancangan awal. 128 pasukan ini bertempur pada 11 sehingga 12 Jun lepas untuk melayakkan diri ke pusingan Separuh Akhir yang berlangsung pada 20 Jun lepas.

Ketika pusingan Separuh Akhir, 6 pasukan terbaik telah dipilih untuk mewakili Malaysia ke peringkat benua, bertempur dengan pasukan-pasukan dari Indonesia, Thailand, Filipina dan juga Vietnam.

6 pasukan yang mewakili Malaysia adalah seperti berikut;

  • Glazer
  • Team Haq
  • Todak
  • VIP Squad V2
  • Marlino Allstar
  • The Academy

Peringkat Benua ini akan berlangsung pada 24 Jun sehingga 26 Jun dan anda boleh ikuti di laman-laman rasmi Realme seperti Facebook, Bilibili dan TikTok. Ia juga akan melibatkan pencipta kandungan tempatan seperti Master Ramen, Soloz, J Hunters, Afiq Chii dan Bella Livesteam.

Sohor Kini