Microsoft telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam Game Pass untuk akhir bulan ini. Ia menyertakan lima permainan sahaja, akan tetapi kelima-lima permainan boleh dikatakan sebagai permainan yang menarik.
Antaranya adalah FIFA 22 seperti yang diumumkan sebelum ini di mana ia disertakan di dalam EA Play dan sekali gus turut disertakan di dalam Game Pass. Selain itu, Naraka: Bladepoint yang pertama kali dilancarkan untuk konsol di Xbox.
Berikut adalah senarai penuh permainan yang ditawarkan;
Mereka juga mengumumkan permainan-permainan yang akan meninggalkan perkhidmatan ini pada 30 Jun;
Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.
Di pasaran Malaysia, hanya PC Game Pass ditawarkan secara rasmi di mana ia ditawarkan dengan harga RM5 untuk tiga bulan pertama dan RM15 sebulan untuk bulan-bulan seterusnya – PC Game Pass Kini Rasmi Di Malaysia.