Seperti diumumkan sebelum ini, Mediatonic dan Epic Games telah “melancarkan semula” permainan Fall Guys: Ultimate Knockout bermula hari ini yang menjadikan ia adalah permainan percuma untuk dimainkan di kesemua platform.

Versi ini juga akan terus menyokong fungsi rentas platform yang tiba sebelum ini, dan juga fungsi rentas kemajuan menggunakan Epic Games akaun, membolehkan pemain untuk menggunakan satu akaun sahaja bagi permainan ini tidak mana-mana platform yang dimainkan.

Selain PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Epic Games Store. Fall Guys juga kini dilancarkan untuk Nintendo Switch dan Xbox One serta Xbox Series. Jika anda sudah memiliki Fall Guys di Steam, ia masih boleh dimuat turun akan tetapi tidak lagi ditawarkan untuk pembelian baharu.

Jika anda sudah bermain Fall Guys sebelum ini, anda boleh memilih mana-mana akaun Fall Guys dan sambungkan ke Epic Games Account untuk menjadikan ia sebagai profil utama.

Mereka juga berkongsi treler pengumuman untuk versi baharu ini di bawah.

Sohor Kini