GOG sedang menganjurkan Jualan Promosi Musim Panas, selain menawarkan permainan-permainan dengan potongan harga, mereka juga dari semasa ke semasa menawarkan permainan percuma, dan penawaran terkini adalah Flashback yang boleh ditebus bermula sekarang sehingga 24 Jun 2022.

Ia merupakan permainan platformer klasik yang telah dikeluarkan untuk pelbagai konsol lama sejak tahun 1992 termasuk juga untuk PC. Ia merupakan pemegang rekod untuk permainan dari Perancis dengan jumlah jualan tertinggi sepanjang zaman dengan jualan melebihi 2.2 juta unit.

Untuk mendapatkan permainan ini secara percuma anda hanya perlu bersetuju untuk menerima emel pemasaran dari GOG, anda boleh tebus di pautan ini.

Sohor Kini