Siapa sahaja yang tidak kenal Chris Evans? Beliau menjadi popular kerana berlakon sebagai Steve Rogers/Captain America dalam filem-filem MCU. Terkini, suara beliau digunakan sebagai watak Buzz dalam filem animasi Lightyear yang tidak ditayangkan di Malaysia.

Chris menamatkan kerjaya beliau sebagai Captain America dalam filem Avengers: Endgame, di mana beliau merentas ke masa silam untuk mengembalikan batu-batu Infinity Stones dan kembali semual sebagai pakcik tua kerana menghabiskan masa bersama Peggy Carters.

Tahun lepas, terdapat laporan menyatakan yang Chris Evans akan kembali berlakon dalam filem saru filem MCU dan terbuka untuk teruskan dengan filem kedua dan seterusnya. Sumber ketika itu menyatakan beliau mungkin kembali sebagai Captain America.

Dengan fasa keempat MCU sudah hampir tamat, Kevin Feige akan mengumumkan perkembangan untuk Saga seterusnya yang mungkin berlaku dalam fasa kelima. Antara filem dalam perancangan adalah Fantastic Four. Bagi yang mengikuti filem-filem Marvel sebelum zaman MCU, pasti anda tahu yang Chris Evans pernah berlakon sebagai Johny Storm atau Human Torch – salah seorang ahli dalam Fantastic Four.

Dalam temuramah bersama MTV baru-baru ini, Chris menyatakan beliau amat berminat untuk kembali memainkan semula watak ini. Beliau juga yakin, jika beliau kembali sebagai watak ini filem akan laris. Namun menurut beliau masih tiada wakil daripada Disney dan Marvel menghubungi beliau untuknya.

Dengan Sam Wilson/Falcon sudah menjadi Captain America baharu lakonan Anthony Mackie, tidak terkejut jika Chris boleh kembali memainkan watak lain. Marvel juga sejak kebelakangan ini banyak mengambil pelakon asal daripada filem lama kembali memainkan watak masing-masing seperti Patrick Stewart sebagai Professor X dalam Doctor Strange in the Multiverse of Madness, parodi Quick Silver iaitu Ralph Boner lakonan Evan Peters, Andrew Garfield dan Tobey Maguire kembali sebagai Spider-Man.

Sohor Kini