Marvel Cinematic Universe fasa keempat sudah pun bermula, dan berbeza dengan fasa-fasa sebelum ini, selain filem ia juga menyertakan siri TV yang tiba di perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar. Walaupun dengan pelbagai kandungan ini, masih tiada satu “saga” terbentuk untuk menggantikan “Infinity Saga” yang berakhir dengan Spider-man Far From Home.

Filem-filem sebelum ini, termasuk juga siri TV seperti Loki sudah memberi penanda-penanda mengenai apa yang akan menjadi fokus utama untuk Saga baharu ini, akan tetapi ia masih tidak jelas. Namun, ia mungkin akan lebih mudah untuk difahami tidak lama lagi.

Berdasarkan temubual di antara Kevin Feige, bersama dengan Total Film (dilaporkan oleh Gamesradar), beliau mengatakan memberi penanda yang pengumuman lanjut mengenai saga baharu ini akan dilakukan tidak lama lagi.

“Dengan kita sudah menghampiri pengakhiran Fasa 4, saya rasa peminat akan mula melihat di mana saga ini akan pergi”

“Saya merasakan sudah terdapat banyak klu, sekurang-kurangnya bagi saya, mengenai apa yang akan berlaku di dalam saga ini. Akan tetapi kami akan bercakap dengan lebih terbuka mengenainya dalam masa beberapa bulan lagi, untuk menyediakan satu rancangan, agar penonton yang ingin melihat gambaran besar dapat melihat lebih lanjut perjalanan penceritaan ini” katanya.

Selepas Thor: Love and Thunder yang akan disiarkan pada 8 Julai ini, MCU Fasa 4 akan menerima sekurang-kurangnya 4 lagi filem iaitu Black Panther: Wakanda Forever (November 2022), Ant-man and the Wasp: Quantumania (Februari 2023), Guardians of the Galaxy Vol. 3 (Mei 2023), The Marvels (Julai 2023). Filem Fanstastic Four juga telah diumumkan akan tetapi masih tidak mempunyai sebarang tarikh.

Sohor Kini