Prime Gaming setiap bulan menawarkan beberapa permainan percuma bagi pelanggan, termasuk juga bulan ini yang menawarkan permainan seperti Fary Cry 4 dan WRC 8. Namun, dengan Prime Day akan disambut bermula pada 13 Julai kelak, mereka mengumumkan yang menawarkan sehingga 30 permainan secara percuma.
Permainan-permainan yang akan ditawarkan pada Prime Day adalah Grid Legends, Mass Effect Legendary Edition, Need for Speed Heat, Star Wars Jedi Knight – Jedi Academy, Star Wars Jedi Knight II – Jedi Outcast dan Star Wars Republic Commando.
Sebelum itu, bermula esok sehingga 14 Julai mereka akan menawarkan beberapa permainan indie dengan jumlah keseluruhan melebihi 25 permainan. Antara permainan yang ditawarkan adalah seperti berikut;
Anda boleh langgan Prime Gaming di pautan ini, bagi pelanggan baharu, anda boleh mencubanya selama 7 hari, dan jika diteruskan caj $5.99 (~RM25) sebulan akan dikenakan. Selain permainan percuma setiap bula ia juga menawarkan satu langganan percuma untuk Twitch dan Prime Video.