Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup sudah selesai yang memperlihatkan RSG Filipina menjadi juara keseluruhan selepas mengalahkan RRQ Hoshi dengan skor 4-0. Manakala dua wakil dari Malaysia iaitu berada di tempat kelima selepas kedua-duanya tewas di peringkat Suku Akhir (Lower Bracket).

Walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir, Orange Esports bermain dengan baik dengan menjadi juara untuk Kumpulan D dan mengalahkan RSG Singapurta di Peringkat Suku Akhir (Upper Bracket), namun ia mungkin tidak mencukupi dan Orange Esports sekali lagi mengumumkan pembubaran pasukan Mobile Legends tersebut.

Berdasarkan perkongsian yang dilakukan di media sosial mereka, mereka mengatakan dengan tamatnya MSC 2022, begitu juga perjalanan pemain-pemain mereka sebagai Orange Esports.

Dengan pembubaran ini, kebanyakan pemain akan kembali ke pasukan asal sebelum menjadi Orange Esports iaitu Team Haq.

Sohor Kini