Wild Rift Icons Global Championship 2022 adalah kejohanan terbesar untuk permainan League of Legends: Wild Rift, ia adalah kejohanan untuk pasukan-pasukan terbaik Wild Rift dari serata dunia bertempur untuk bukan sahaja merebut hadiah terkumpul $2 juta, akan tetapi juga gelaran pasukan Wild Rift terbaik di dunia.

Kejohanan ini berlangsung secara fizikal di Singapura, ia telah bermula sejak 14 Jun lepas untuk peringkat Play-in, manakala peringkat kumpulan bermula esok sehingga 25 Jun dengan peringkat kalah mati bermula pada 1 Julai kelak.

Di peringkat Play-in, 16 pasukan bertempur untuk merebut 8 slot ke Peringkat Kumpulan, di mana mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan juara dan naib juara untuk setiap kumpulan melayakkan diri ke Peringkat Kumpulan.

8 pasukan yang berjaya melayakkan diri adalah Nova Esports, Flash Wolves, JD Gaming, Rex Regum Qeon, J Team, T1, Buriram United Esports dan Liberty.

Berikut adalah pasukan-pasukan di dalam setiap kumpulan untuk Peringkat Kumpulan;

  • Kumpulan A
    • Team Flash
    • Leviatan
    • Nova Esports
    • T1
  • Kumpulan B
    • Sengoku Gaming
    • Team Queso
    • J Team
    • Rex Regum Qeon
  • Kumpulan C
    • FunPlus Phoenix
    • Omegha Esports
    • Buriram United Esports
    • Flash Wolves
  • Kumpulan D
    • KT Rolster
    • Immortals
    • JD Gaming
    • Liberty

Anda boleh ikut kejohanan ini di mana-mana media sosial rasmi League of Legends Wild Rift.

Sohor Kini