11 Bit Studios telah mengumumkan permainan baharu oleh mereka iaitu buat masa ini dikenali sebagai Project Vitriol. Ia merupakan projek dengan skala terbesar pernah dilakukan oleh mereka yang dikatakan akan menelan perbelanjaan lebih RM16 juta.

Ia akan menyertakan lakonan suara secara penuh dan juga tangkapan gerakan boleh dilakukan untuk watak-watak yang akan tiba di dalam permainan ini. Anda boleh tonton video acah untuknya di bawah.

Permainan ini akan dibangunkan bersama dengan Fool’s Theory iaitu studio yang terdiri daripada bekas-bekas pembangun CD Projekt Red yang membangunkan permainan seperti The Witcher 2 dan The Witcher 3.

Maklumat lanjut mengenai permainan ini akan dikongsi pada suku ketiga tahun ini.

Selain itu, 11 Bit Studios juga sedang menganjurkan jualan promosi di Steam yang akan berlangsung sehingga 24 Jun 2022.

Sohor Kini