Bersempena dengan ulang-tahun ke-20 sejak filem Scooby-Doo pertama ditayangkan, kini pelakon filem berkenaan hadir dengan penawaran bercuti bersama kenderaan Scooby Doo atau dikenali sebagai Mystery Machine.

Melalui penyenaraian di Airbnb, pengguna yang menyewa kenderaan ini akan dapat menikmati pelbagai nostalgia dari tahun 2022 – termasuk mendengar lagu daripada pemain CD, menikmati pelbagai kudapan, selain memainkan permainan berbentuk misteri.

Anda juga turut boleh menonton filem Scooby-Doo pada waktu malam, termasuk popcorn.

Di Airbnb, percutian bersama Mystery Machine ini disenaraikan pada harga RM88 semalam.

Sohor Kini