Chris Hemsworth akan kembali beraksi sebagai dewa peti, Thor dalam filem Thor: Love and Thunder. Ia adalah satu-satunya filem solo MCU yang mempunyai empat filem secara keseluruhan. Beliau muncul kali pertama dalam filem “Thor” (2011) dan kembali dalam The Avengers” (2012), “Thor: The Dark World” (2013), “Avengers: Age of Ultron” (2015), “Thor: Ragnarok” (2017), “Avengers: Infinity War” (2018), dan “Avengers: Endgame” (2019). Beliau turut berlakon sebagai watak animasi Thor dalam siri “What If…?”.

Dalam laporan daripada Insider, Chris menyatakan yang Thor: Love and Thunder mungkin adalah filem terakhir beliau sebagai watak Thor. Filem ini akan mengembalikan watak Jane lakonan Natalie Portman dan dalam treler beliau dilihat akan menjadi Thor baharu, mungkin Lady Thor.

Filem ini turut menyertakan Christian Bale sebagai Gorr si pembunuh dewa, Russell Crowe sebagai Zeus, dan turut akan melibatkan pasukan Guardians of the Galaxy. Ia akan ditayangkan pada 8 Julai nanti.

What If…? disahkan akan kembali dengan musim kedua, mungkin dalam siri ini kita boleh lihat Chris Hemsworth kembali sebagai Thor – jika benar filem Love and Thunder adalah kali terakhir beliau memainkan watak aksi nyata.

Sohor Kini