Koch Media dan Milestone telah mengumumkan bermulanya musim baharu untuk Hot Wheels Unleashed, dan ia hadir dengan kandungan berdasarkan filem Jurassic World dan mempunyai barangan percuma dan juga berbayar.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

The Jurassic World Racing Season ini akan menyertakan 6 kereta bertemakan Jurassic World iaitu Tyrannosaurus Rex, Velociraptor Blue, Stegosaurus, Mosasaurus, Triceratops, dan Tyrannosaurus Rex Monster Truck.

Selain itu, ia juga mempunyai pelbagai barangan lain yang boleh didapatkan oleh pemain dengan menyelesaikan misi bermula pada 16 Jun sehingga 30 Ogos 2022.

Hot Wheels Unleashed sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Filem Jurassic World: Dominion sudah ditayangkan dan anda boleh baca ulasan kami di pautan ini – Ulasan Jurassic World Dominion – Sekadar Satu Lagi Filem Jurassic.

Sohor Kini