Jualan Promosi Musim Panas Di Steam Bermula 24 Jun Sehingga 8 Julai

Valve telah mengumumkan yang Jualan Promosi Musim Panas di Steam ataupun Steam Summer Sale akan bermula pada 24 Jun dan akan berlangsung sehingga 8 Julai 2022. Selain menyertakan jualan promosi untuk pelbagai permainan, ia juga akan menawarkan kad untuk dikumpul dan juga lencana untuk dihasilkan.

Mereka juga hadir dengan treler khas untuk jualan promosi ini yang anda boleh tonton di bawah.

Di dalam video diperlihatkan beberapa permainan yang akan menerima diskaun antaranya Ghostwire: Tokyo, Cyberpunk 2077, God of War, dan Apex Legends. Mereka juga mengacah akan menyertakan “Quest” buat pertama kali, yang akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini