Riot Games telah berkongsi lanjut mengenai musim baharu untuk Valorant iaitu Episode 5 Act 1 yang dijangka bermula sekitar minggu ini. Musim baharu ini antaranya menyertakan peta baharu iaitu Pearl, Battle Pass dan juga set kostum Chaos.

Pearl adalah peta kelapan di dalam Valorant dan yang pertama bertempat di Omega Earth. Ia tidak menyertakan sebarang “gimik”, sekadar peta yang mempunyai 3 laluan, menariknya ia adalah di dalam air. Ia juga mengandungi pelbagai kandungan Portugal.

Seperti biasa, bermulanya musim baharu, Battle Pass baharu juga disertakan dan barangan yang ditawarkan adalah seperti berikut;

Highlight Percuma:

  • Shimmer Classic
  • Operasi: Kad Pemain Vacation
  • Penyembur That’s a Blowout
  • Gantungan Senjata Perfect Pattern

Highlight Berbayar:

  • Pisau Task Force 809
  • Task Force 809 Phantom
  • Spitfire Operator¬†
  • Kad Pemain Enter the Duelists
  • Penyembur Never Forget Leg Day
  • Gantungan Senjata Cat Tactics

Bagi yang ingin mendapat kostum terus untuk senjata, Set Kostum Chaos juga akan ditawarkan untuk Melee, Vandal, Operator, Shorty dan Stinger. Ia akan ditawarkan dengan harga 8,700 VP.

Valorant sudah dikeluarkan untuk PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini