Blizzard hari ini telah mengumumkan yang pelancaran untuk Diablo Immortal di negara-negara asia pasifik termasuk juga Malaysia telah ditunda ke 8 Julai 2022, berbanding tarikh asal iaitu 23 Jun 2022. Ia sudah dilancarkan di beberapa negara pada 2 Jun lepas.
Mereka mengatakan yang selepas melancarkan permainan tersebut di beberapa negara, mereka dapati beberapa perkara yang perlu diperbaiki sebelum mereka melancarkannya dengan lebih meluas. Antara peningkatan yang dinyatakan adalah optimasi pakej permainan, prestasi di Android serta PC dan prestasi dalam talian.
Sebagai tanda terima kasih kerana terus menunggu pelancaran permainan ini, pemain-pemain di negara yang terkesan akan mendapat Legendary Gear, 100 Scrap Materials, dan 10 Enchanted Dust apabila ia dilancarkan secara rasmi kelak.
Diablo Immortal akan dikeluarkan untuk iOS, Android dan juga PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.