Dilaporkan oleh Bloomberg, NetEase hari ini telah memperlihatkan penurunan nilai saham sehingga 10.5% di Hong Kong serta 20% berbanding nilai tertinggi sebelum ini selepas mengumumkan yang pelancaran Diablo Immortal akan ditunda di Asia Pasifik dan juga China.
Diablo Immortal yang sudah dikeluarkan di beberapa negara, sepatutnya dilancarkan pada 23 Jun, akan tetapi Blizzard telah mengatakan yang mereka memerlukan sedikit masa untuk memperbaiki beberapa bahagian.
Di negara-negara Asia Pasifik termasuk juga Malaysia, telah menerima tarikh baharu untuk pelancaran iaitu 8 Julai 2022, akan tetapi buat masa ini di China masih tidak mempunyai sebarang tarikh.