Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup tidak lagi mempunyai mana-mana pasukan dari Malaysia, akan tetapi ia diteruskan lagi dengan tiga perlawanan penting hari ini yang sudah semestinya dinanti-nantikan oleh pemain-pemain Mobile Legends: Bang Bang.

Hari ini memperlihatkan Pusingan Akhir (Upper Bracket) di antara RSG Filipina dan RRQ Hoshi, Pusingan Separuh Akhir (Lower Bracket) di antara Falcon Esports dan Omega Esports dan juga Pusingan Akhir (Lower Bracket) di antara pasukan kalah di Pusingan Akhir (Upper Bracket) lawan dengan pemenang untuk Pusingan Separuh Akhir (Lower Bracket).

Bagi Pusingan Akhir (Upper Bracket) ia telah dimenangi oleh RRQ Hoshi dengan skor 3-1 menjadikan pasukan Indonesia tersebut adalah yang pertama melayakkan diri ke Peringkat Akhir. Manakala RSG Filipina masih lagi berpeluang untuk ke peringkat akhir melawan Omega Esports yang telah mengalahkan Falcon Esports di peringkat Separuh Akhir (Lower Bracket).

Omega Esports yang merupakan juara tahun lepas sekali lagi memperlihatkan mereka adalah pasukan yang dapat membuat kejutan selepas kejutan di Lower Bracket dengan terus memberikan prestasi yang cemerlang dan walaupun usaha yang baik oleh Falcon Esports yang ada masa mendahului di dalam perlawanan akan tetapi, Omega bermain dengan tenang dan melakukan serangan balas yang berkesan. Omega Esports menang dengan skor 3-0.

Keputusan perlawanan di antara RSG Filipina dan Omega Esports akan menentukan siapa yang akan menjadi lawan RRQ Hoshi di Peringkat Akhir, ia akan berlangsung pada pukul 7 petang hari ini.

Sohor Kini