EA dan Respawn Entertainment minggu ini telah mengumumkan bermulanya musim 1 untuk Apex Legends Mobile yang menggunakan judul Cold Snap. Selain itu, mereka juga telah mengumumakn yang sejak dilancarkan beberapa bulan yang lepas, ia kini mempunyai 23 juta pemain.

Anda boleh tonton treler untuk musim 1 ini di bawah.

Antara kandungan yang disertakan bersama dengan Cold Snap ini adalah Legends baharu iaitu Loba yang merupakan watak Support yang mempunyai keupayaan seperti melihat barangan berdekatan dan juga membuka “kedai” untuk mengumpul barang-barang tersebut.

Selain itu, ia juga menyertakan Climatizer Town Takeover yang berada di atas Train Yard di peta World’s Edge yang mempunyai kawasan sejuk beku.

Bersempena dengan Musim 1, sistem Battle Pass juga diperkenalkan dan hadir dengan dua jenis iaitu Premium dan Premium Plus yang akan menyertakan pelbagai ganjaran.

Apex Legends Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini