Hari ini, Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup adalah hari di mana dua pasukan Malaysia iaitu Todak dan Orange Esports akan cuba untuk meneruskan lagi penglibatan mereka melalui perlawanan peringkat Suku Akhir (Lower Bracket) selepas mereka kalah di peringkat Separuh Akhir (Upper Bracket) sebelum ini.
Todak adalah perlawanan pertama hari ini dan mereka bertemu dengan pasukan Myanmar iaitu Falcon Esports. Walaupun, Falcon Esports awal lagi berada di dalam Lower Bracket akan tetapi mereka main dengan penuh keyakinan. Berjaya mendominasi dua pusingan awal untuk menjadikan skor 2-0.
Di pusingan ketiga, pertarungan sengit berlaku di mana Todak bermain dengan agresif dan sering mendesak untuk Falcon Esports melakukan kesilapan dan berjaya untuk mengelak daripada tersingkir dengan menjadikan skor 2-1.
Di pusingan keempat, giliran Falcon Esports untuk mula bermain dengan agresif, walaupun Todak bertahan dengan baik dan melakukan serangan mereka sendiri akan tetapi Falcon Esports bermain dengan cemerlang untuk mendapat pusingan keempat dan menjadikan skor 3-1 sekali gus memenangi pusingan ini.
Dengan kemenangan ini, Falcon Esports akan menanti keputusan perlawanan di antara Orange Esports dan Omega Esports untuk perlawanan Separuh Akhir (Lower Bracket). Ia juga menandakan berakhirnya perjuangan Todak di dalam MSC 2022. Harapan Malaysia sekarang hanya bergantung kepada Orange Esports yang akan lawan petang ini.