Final Fantasy VII: Ever Crisis adalah permainan mudah alih yang akan menyertakan kesemua penceritaan Final Fantasy VII iaitu Final Fantasy VII, Advent Children, Before Crisis, Crisis Core dan juga Dirge of Cerberus, ia juga menyertakan kandungan baharu.

Ketika sambutan ulang tahun 25 Final Fantasy VII, Square Enix telah berkongsi treler baharu untuk permainan tersebut dan mereka juga mengumumkan yang sesi beta tertutup untuknya akan bermula sekitar tahun ini.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Final Fantasy VII: Ever Crisis diumumkan untuk iOS dan Android dan akan tiba secara berepisod.

Square Enix juga telah mengumumkan Final Fantasy VII Rebirth, Crisis Core Remastered dan Final Fantasy VII Remake Intergrade untuk Steam.

Sohor Kini