Lightspeed & Quantum Studios merupakan studio di belakang PUBG Mobile yang dibangunkan berdasarkan permainan PUBG oleh Krafton. Mereka juga pembangun bersama untuk Apex Legends Mobile bersama dengan EA dan Respawn Entertainment. Mereka merupakan studio di bawah Tencent.

Pada minggu ini, mereka telah mengumumkan era baharu untuk mereka dengan menggunakan nama baharu iaitu Lightspeed Studios, mereka juga memperlihatkan logo baharu.

Melalui surat terbuka yang ditulis oleh Presiden Lightspeed Studios, Jerry Chen, misi dan visi studio tersebut dikongsi. Antaranya adalah mereka akan hadir dengan Lightspeed Universe iaitu satu ekosistem yang akan menghubungkan pemain dengan pembangun.

Mereka juga ingin mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan untuk mengembangkan penawaran mereka di dalam industri permainan video termasuk juga dengan membangunkan permainan rentas platform.

Selain itu, mereka juga mengumumkan penubuhan Lightspeed Pictures untuk menghasilkan animasi, filem, siri TV dan pelbagai kandungan lain berdasarkan IP-IP mereka.

Sohor Kini