PlayPark hari ini telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan secara rasmi Elyon iaitu permainan MMORPG di Asia Tenggara termasuk juga Malaysia. Ia akan tiba secara rasmi pada bulan Julai untuk PC dengan sesi beta tertutup dijangka bermula pada 22 Jun sehingga 26 Jun 2022.

Elyon dibangunkan oleh Krafton iaitu pembangun dan juga penerbit untuk permainan battle royale popular PUBG. Ia sebelum ini sudah dilancarkan di Korea Selatan pada tahun 2020, di Amerika Utara dan Eropah pada tahun 2021.

Permainan ini akan berlaku di Harth di mana dua puak iaitu Vulpin dan Ontari sedang berperang untuk merebut kawasan. Pemain boleh menghasilkan watak sendiri yang mempunyai pilihan pelbagai jenis kebolehan.

Ia akan mempunyai 7 kelas dengan 5 kelas boleh dicuba semasa sesi beta tertutup iaitu Warlord, Mystic, Elementalist, Assassin, dan Gunner manakala dua kelas lagi akan dilancarkan bersama dengan permainan iaitu Slayer dan Archer.

Jika berminat anda juga boleh lakukan pra-pendaftaran dan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah seperti Asus ROG Strix G15, Razer Black Widow V3, Razer Kraken V3 dan Razer Basilisk V3. Terdapat juga barangan di dalam permainan yang akan diberikan. Anda boleh lakukannya di pautan ini.

Sohor Kini