Dragon’s Dogma 2 Sedang Dibangunkan – Menggunakan RE Engine

Capcom hari ini telah berkongsi satu video khas bersempena dengan ulang tahun ke-10 untuk Dragon’s Dogma iaitu permainan aksi RPG yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 2012.

Di dalam video tersebut, Hideaki Itsuno iaitu pengarah untuk permainan ini berkongsi bagaimana permainan pertama tersebut dihasilkan. Termasuk juga sebab di sebalik sistem yang unik iaitu “Pawn System”.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Di akhir video tersebut, mereka juga telah mengesahkan yang Dragon’s Dogma 2 sedang dibangunkan dan ia menggunakan RE Engine, iaitu enjin permainan yang digunakan oleh Capcom untuk permainan seperti Resident Evil.

Buat masa ini masih tidak pengumuman mengenai tarikh pelancaran ataupun platform ia akan tiba.

Sohor Kini