Square Enix telah mengumumkan yang Final Fantasy VII Remake Intergrade akan turut dikeluarkan untuk Steam pada hari ini. Ia sudah dikeluarkan untuk PS5 pada bulan Jun tahun lepas, dan untuk Epic Games Store pada akhir tahun 2021.

Mereka juga kongsi treler pengumuman yang anda boleh tonton di bawah.

Final Fantasy VIII Remake Intergrade ini merupakan versi baharu untuk permainan ini yang menyertakan penambah-baikkan kepada grafik dan juga penambahan penceritaan iaitu Final Fantasy VII Remake Intermission di mana pemain akan bermain sebagai Yuffie Kisaragi.

Mereka juga mengesahkan yang Final Fantasy VIII Remake Intergrade adalah Steam Deck Verified, membolehkan ia dimainkan di konsol oleh Valve tersebut tanpa sebarang masalah.

Square Enix hari ini juga mengumumkan Final Fantasy VII Rebirth dan Crisis Core -Final Fantasy VII- Reunion.

Sohor Kini